Bomba Bantu 11 Keluarga Terperangkap Banjir Di Sipitang

Bomba Bantu 11 Keluarga Terperangkap Banjir Di Sipitang

0
SHARE

SIPITANG, SABAH – SEBELAS (11) sekeluarga yang terperangkap dalam banjir mendapat bantuan pemindahan daripada pasukan Bomba awal subuh tadi.

Keluarga tebabit terdiri daripada TIGA (3) lelaki dan DUA (2) perempuan termasuk lima kanak-kanak dan seorang bayi yang terkandas di rumah mereka di Kampung Pantai di Jalan Sindumin sini.

Sepasukan SEMBILAN (9) anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang diketuai PBK II Syahdennie Alidinshah membantu mereka ke kawasan lebih tinggi dengan menggunakan bot dan jentera berat.