Bomba Bantu Turunkan Wanita Terseliuh Buku Lali Dari Laban Rata

Bomba Bantu Turunkan Wanita Terseliuh Buku Lali Dari Laban Rata

0
SHARE
Pasukan Bomba mengusung mangsa turun dari Gunung Kinabalu...(Sumber Foto: Bomba Sabah)

RANAU, SABAH – Seorang wanita yang terseliuh buku lali kirinya ketika sedang turun dari Gunung Kinabalu mendapat bantuan pihak Bomba.

Mangsa warganegara 44 tahun tersebut mengalami kecederaan semasa di Kilometer 7.5 dari puncak ke Laban Rata.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.

“Pasukan Bomba Bantuan Mountain Search And Rescue (MoSAR) bertindak ke lokasi dan memberi rawatan awal kepada mangsa…

Sumber Foto: Bomba Sabah…

“Mangsa telah diusung turun ke Timpohon Gate dan dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut…

“Operasi ditamatkan pada jam 4.15 petang,” katanya dalam sebuah kenyataan.