PENAMPANG, SABAH – Seorang warga emas yang patah kaki akibat tergelincir semasa kejadian tanah runtuh di Kampung Sugud di sini kelmarin mendapat bantuan daripada pihak Bomba Sabah.
Pegawai dalam operasi 8 pagi tadi, PBK II Benny Lim berkata, anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang telah mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi rumah mangsa.
“Laluan dipenuhi pokok tumbang selain dihalang tanah runtuh. Gergaji telah digunakan untuk membuka jalan…

“Pasukan bomba bertindak mengusung keluar mangsa, Linjuin Sikunal, 89 tahun, yang setersunya di hantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya.
