Bomba Selamatkan Kanak-Kanak 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta

0
SHARE

SANDAKAN: Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terkunci dalam sebuah kenderaan dalam kejadian di Lorong Sri Taman 4 petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.29 petang. 

Katanya, seramai lapan anggota pasukan bomba dari BBP Sandakan telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang berjarak sejauh tiga kilometer.

“Laporan memaklumkan terdapat sebuah keretua jenis Perodua Aruz terkunci dari dalam dan terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terperangkap di dalam kenderaan tersebut. 

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci itu dengan menggunakan peralatan khas seterusnya mengeluarkan kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Setelah memastikan tiasa bahaya lain yang wujud, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 petang.