Kes Baharu Naik Mendadak, Jangkitan Melibatkan Kanak-Kanak Membimbangkan

Kes Baharu Naik Mendadak, Jangkitan Melibatkan Kanak-Kanak Membimbangkan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah naik mendadak sebanyak 92 kes hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 253 KES.

Lebih banyak daerah mencatat kes baharu yang lebih tinggi hari ini dengan 10 daerah merekodkan kes dua angka berbanding 5 daerah sahaja semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antaranya adalah daerahKota Kinabalu 49 (+20), Tuaran 29 (+10), Kota Marudu 19 (+14), Penampang 18 (+5) dan Sandakan 15 (+12).

“Cuma daerah Putatan dan Kunak yang tidak mencatat sebarang kes baharu…

“Adalah juga diperhatikan bahawa peratusan jumlah kes kategori Saringan Kontak Rapat (45.8%) dan kategori Saringan Bergejala (43.1%) hampir seimbang hari ini.

“Ini secara jelas mencerminkan betapa meluasnya virus berada dikalangan masyarakat serta kelalaian dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.

Beliau berharap kenaikan kes bukan berpunca daripada pelbagai acara sambutan Tahun Baru yang membelakangkan SOP dan nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain.

“Sekiranya acara-acara keramaian menyambut tahun baru adalah punca kenaikan kes hari ini, tidak mustahil kita akan menyaksikan jumlah kes harian yang lebih tinggi untuk beberapa waktu akan datang,” tegasnya dalam rumusan harian kes.

Beliau memaklumkan 50 pesakit baharu hari ini melibatkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.

“Statistik jangkitan yang melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun ini agak tinggi dan membimbangkan…

“Adalah diharapkan semua ibu bapa juga guru-guru di sekolah mengambil langkah dan inisiatif untuk mengurangkan risiko jangkitan keatas mereka yang masih belum layak menerima vaksin,” tambahnya.

Seramai 248 orang daripada 253 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Dua (2) orang pesakit dalam Kategori 3, dan seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 4 dan 5 manakala satu (1) kes lagi masih dalam penilaian lanjut.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 49 (29)
Tuaran – 29 ( 19)
Kota Marudu – 19 (5)
Penampang – 18 (13)
Sandakan – 15 (3)
Keningau – 13 (7)
Kota Belud – 13 (15)
Tenom – 12 (5)
Ranau – 11 (28)
Tawau – 10 (7)
Papar – 9 (9)
Kuala Penyu – 7 (4)
Beaufort – 7 (2)
Tambunan – 6 (5)
Sipitang – 6 (0)
Telupid – 5 (1)
Nabawan – 5 (0)
Tongod – 5 (1)
Lahad Datu – 4 (0)
Beluran – 2 (0)
Pitas – 2 (0)
Kalabakan – 2 (0)
Kudat – 2 (4)
Semporna – 1 (0)
Kinabatangan – 1 (0)
Kunak – 0 (0)
Putatan – 0 (3)