Brazil Pertahankan Pingat Emas Olimpik Untuk Acara Bola Sepak

Brazil Pertahankan Pingat Emas Olimpik Untuk Acara Bola Sepak

0
SHARE

YOKOHAMA, JEPUN – Skuad bola sepak Brazil mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak pada edisi temasya sukan Olimpik kali ini selepas menang tipis 2-1 ke atas Sepanyol.

Ini merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut selepas ‘Skuad Samba’ memenanginya pada edisi Olimpik Rio tahun 2016 yang lalu.

Pada perlawanan menentukan pingat emas malam tadi, Matheus Cunha mengambil kesempatan kesilapan pertahanan untuk menjaringkan gol pada penghujung babak pertama selepas sepakan penalti Richarlison terkena palang buat Brazil.

Namun, Sepanyol menyamakan kedudukan selepas sejam apabila Mikel Oyarzabal meledak gol ‘voli’.

Gol kememangan Brazil pada malam tadi dihasilkan melalui pemain gantian Malcom pada masa tambahan (minit ke-108) selepas kedua-dua pasukan itu terikat dengan jaraingan 1-1 sehingga wisel penamat ditiupkan pada separuh masa kedua.

Pada temasya sukan Olimpik di Rio pada 2016, Brazil yang dipimpin Neymar menang di laman sendiri digelar sebagai pasukan kelima mengekalkan mahkota Olimpik mereka selepas mencapai kejayaan itu di Yokohama semalam di bawah pimpinan Dani Alves sebagai Ketua Pasukan (kapten) Brazil mengalahkan Sepanyol.