Buaya Sambar, Lemaskan Kanak-Kanak Sedang Mandi Sungai Di Sandakan

Buaya Sambar, Lemaskan Kanak-Kanak Sedang Mandi Sungai Di Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut disambar buaya ketika sedang bermandi-manda di Kg. Lembaga, Batu 8, Jalan Datuk Tay pada tengah hari Ahad.

Difahamkan, reptilia berkenaan bertindak menarik mangsa ke dalam air sehingga lemas dan kemudian melepaskannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan PKPgB Severinus Nidzam Sainkui berkata badan mangsa dikenali sebagai Mohd Radhi Randi dalam keadaan sempurna.

“Cuma bekas gigitan buaya di bahagian rusuk dan lutut sahaja,” katanya dihubungi SabahNews.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 12.16 tengah hari.

Sepasukan 11 bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat di atas permukaan air.

“Mangsa berjaya ditemui oleh penduduk setempat pada jam 3.05 lebih kurang 500 meter dari lokasi mangsa dibaham.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap agensi.