ISU VIRAL: NAJIB RAZAK ADA ISTERI LAIN SELAIN ROSMAH DAKWA AKTIVIS POLITIK

ISU VIRAL: NAJIB RAZAK ADA ISTERI LAIN SELAIN ROSMAH DAKWA AKTIVIS POLITIK

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Aktivis politik bebas Dato’ Zaharin Mohd Yasin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai isteri selain Datin Seri Rosmah Mansor.

Zaharin memuat naik tuduhan tersebut melalui laman sosial Facebook rasmi miliknya (kelmarin) yang mana kemudiannya telah tular di media sosial.

Sumber foto dipetik daripada tangkap layar laman media sosial Facebook rasmi milik Zaharin Mohd Yassin…

Zaharin dalam tulisannya menyatakan “Najib Razak sebenarnya  pemimpin yang hipokrit. Sampai kini tidak mengaku kahwin lain”.

“Kenapa dia tidak mahu nafikan tuduhan Roslan Darus yang dia ada berkahwin wanita Kampong Bharu. Saman sivil kepada Roslan Darus, saya boleh jadi saksi”.

Zaharin turut berkata; “kita (UMNO dan Melayu) akan masuk ke dalam lubang kali kedua lagi. Jika Melayu bodoh masih menyanjung dia sebagai ‘bossku’ (Najib Razak).

“Orang lain dalam UMNO direhatkan bila sahaja pertuduhan dibaca dalam Mahkamah, sebaliknya Najib Razak masih kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan”.

“Saya mengharapkan rayuan dia ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan dia (Najib) masuk Sungai Buloh, supaya UMNO dan bangsa Melayu dan Negara Malaysia selamat selamanya dengan ketiadaannya. 

“Ini adalah antara sebahagiannya.  Soal pakai bomoh itu akan saya cerita,” tambah Zaharin lagi.

Sumber foto dipetik daripada tangkap layar laman media sosial Facebook rasmi milik Zaharin Mohd Yassin…

Dalam pada mengulas isu yang telah tular ini, orang ramai turut berpandangan bahawa Dato’ Seri Najib wajar menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Zaharin atau membuat laporan Polis fitnah bagi membersihkan tuduhan berkenaan.