KINABATANGAN, SABAH – Seperti kelazimanya saban tahun apabila bulan Ramadan tiba, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin akan meluangkan masanya untuk ziarah ke kampung kelahiranya di Kampung Bilit sini.
Bagaimanapun, dua tahun lepas kerana pandemik COVID-19, beliau tidak berpeluang balik ke kampung halaman.
Justeru, tahun ini apabila negara memasuki peralihan ke era endemik, peluang yang ada digunakan untuk melaksanakan program ziarah ini.
Bung berbual mesra dengan saudara-mara dan penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut…
Ziarah bukan sekadar bertemu saudara-mara dan penduduk kampung namun kesempatan yang ada digunakan untuk ziarah makam allahyarhaman ayahanda beliau, Haji Radin Haji Yatim, yang dikebumikan di sini…
“Alhamdulillah tahun ini apabila peralihan ke era endemik saya berpeluang balik ke kampung halaman dimana dua tahun lepas saya tidak berpeluang balik ke kampung halaman untuk menziarahi saudara mara dan rakyat di sini kerana penularan pandemik COVID-19,” katanya.
Bung sempat singgah di bazar ramadhan Pekan Kota Kinabatangan, membeli juadah dan beramah mesra dengan peniaga di bazar…
Pada majlis tersebut, selain berbuka puasa, solat maghrib dan isyak Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan kanak-kanak dikampung tersebut.
Sebelum bertolak ke Kinabatangan, Bung bersama rombongan sempat singgah membeli juadah berbuka dan beramah mesra dengan peniaga di bazar ramadhan di Pekan Kota Kinabatangan.