COVID-19: KES BAHARU SEBANYAK 1,103 KES, 4 KEMATIAN DAN 821 KES SEMBUH...

COVID-19: KES BAHARU SEBANYAK 1,103 KES, 4 KEMATIAN DAN 821 KES SEMBUH HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 821 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 35,606 kes (73.4%).

Menurut laporan KKM hari ini, SABAH mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 372KES.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini kembali naik kepada empat (4) angka iaitu sebanyak 1,103 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 48,520 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,601 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 16 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 1,103 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak satu (1) Kes import, manakala 1,102 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 102 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 39 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR  yang menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 hari ini di Malaysia iaitu 392 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 313 kes (0.7%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR mencatat kes tertinggi hari ini (16 November 2020) sebanyak 392 KES daripada keseluruhan 1,103 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)