IPOH, PERAK – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, meninggal dunia di Raub, Pahang petang tadi akibat sakit jantung.
Perkara tersebut disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Salbiah Mohamed.
Menurut sumber, jenazaah Allahyarham masih berada di Hospital Raub Pahang.
Pada Mei lepas, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman, 63, telah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 11 Mei lalu, menyandang kerusi Parlimen Gerik sejak 2004, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor selama dua penggal antara 2004 hingga 2013.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik telah memenangi kerusi Parlimen Gerik dengan undian majoriti sebanyak 5,528 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.