KOTA KINABALU, SABAH – Mangsa 25 tahun yang dijerut leher sehingga mati dalam kenderaan di Jalan Kionsom pada Selasa lalu adalah disebabkan hutang RM 3000.
Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Zaidi Abdullah mendedahkan motif pembunuhan oleh suspek 43 tahun adalah kerana marah ditagih.
“Pada mulanya, kedua individu bersetuju untuk berbincang selepas mangsa mengambil suspek dari bengkel kereta di Kionsom…
“Namun berlaku pertengkaran antara mereka sehingga suspek nekad mencekik mangsa,” katanya dalam sidang media hari ini.
Katanya mangsa terdahulu dicekik dan suspek ‘menghabiskan kerja’ dengan menjerut leher mangsa menggunakan kabel yang ada di dalam kenderaan.
Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek yang bekerja sebagai tukang cat kereta negatif untuk penggunaan dadah.
Zaidi juga berkata mangsa sempat menghantar lokasi terakhir beliau kepada bapanya yang sedang menunggu di bengkel kereta suspek…
“Dalam keadaan terancam, mangsa dipercayai terus mengirimkan lokasinya kepada bapanya yang sedang menunggunya di bengkel tempat suspek bekerja,” katanya.
Beliau berkata kes yang diselesaikan kurang tempih 24 jam pada itu kini ditutup dengan penahanan suspek.





