KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA), Datuk Chua Soon Ping, merungut tentang kekurangan bekalan simen dalam pasaran tempatan baru-baru ini.
Katanya kekurangan bekalan itu ditambah dengan permintaan berkaitan pembinaan semakin meningkat telah mewujudkan barisan panjang yang sentiasa terbentuk di hadapan Cement Industries Sabah (CIS).
“Dengan perkembangan hartanah yang semakin pesat yang menyeluruh kepada pelbagai sektor termasuk komersil, perindustrian dan terutamanya kediaman, bekalan simen perlu memenuhi permintaan industri.
“Pemaju sering terperangkap di tengah-tengah dan terpaksa memenuhi permintaan pembeli dan mengatasi kekurangan bekalan simen yang berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata kekurangan itu jika berpanjangan akan mencetuskan kelewatan kerja-kerja di tapak pembinaan kerana simen merupakan salah satu komponen utama bahan mentah yang digunakan dalam bangunan, infrastruktur dan sebagainya.
“Kami berharap CIS akan menyelesaikan masalah yang berkaitan ini dengan segera, kerana semua sektor sedang menuju ke norma untuk menggantikan masa yang hilang ketika semasa dunia dilanda COVID-19,” beliau berkata.