Pekerja Ladang Kunak Meninggal Dunia Disambar Buaya

Pekerja Ladang Kunak Meninggal Dunia Disambar Buaya

0
SHARE
Bomba
Keadaan suram ketika mayat mangsa ya g ditemui dikelilingi anggota pasukan penyelamat dan bekas rakan kerja ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUNAK, SABAH – Mayat seorang pekerja Ladang KLK Jatika di sini ditemui pada hari kedua pencarian, hari ini, selepas beliau dibaham seekor buaya pada Isnin.

Ridwan Nawir, 50, ditemui dalam keadaan tidak sempurna oleh orang awam bersama pasukan Bomba pada jam 9.41 pagi, 600 meter dari mangsa dilaporkan disambar.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, rakan sekerja mangsa menyaksikan penyambaran sedang mereka memukat di sungai pada kira-kira jam 11 pagi.

Pencarian yang diteruskan pada jam 7.10 pagi tadi dengan kaedah atas permukaan air menggunakan bot ditamakan pada jam 10.48 pagi selepas mangsa diserahkan pada pihak polis Semporna untuk tindakan lanjut.