KOTA KINABALU: Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan segera ke Sabah jika berlaku krisis dalam PKR Sabah.
Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Sazalye Donol Abdullah menafikan wujud perpecahan dalam PKR Sabah berikutan wujud perselisihan faham antara pemimpinnya termasuk Pengerusi MPN.
Katanya, juga tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa percanggahan dan perpecahan sesama ahli dalam parti.
“Mana-mana parti, tetap ada kontroversi. PKR adalah parti yang demokratik dan semua ahli bebas untuk bersuara. Tapi setakat ini, tidak ada perpecahan atau krisis yang berlaku. Jika ada Presiden parti kita sendiri akan ke sini.
“Sebenarnya ada kontroversi dalam PKR kerana kita bebas bercakap tetapi tidak ada perpecahan dalam parti. Kalau ada (perpecahan) sudah tentu presiden datang ke sini.
“Jadi apa yang kita dengar (perpecahan) hanya khabar angin dan kita masih sokong beliau. Kalau Pengerusi MPN (Datuk Sangkar Rasam) diganti, itu hanya menunjukkan ada masalah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.