China Menggunakan Angsa Untuk Mengesan PATI Di Sempadan

China Menggunakan Angsa Untuk Mengesan PATI Di Sempadan

0
SHARE
Pengawal sempadan China guna angsa kesan PATI. - Sumber Foto Yonhap News

BEIJING, CHINA – China dikatakan menggunakan angsa sebagai alat untuk mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak setengah tahun yang lalu,

Menurut laporan laman Oddity Central, angsa-angsa itu digunakan oleh para pengawal-pengawal sempadan  di daerah Longzhou yang memisahkan China dan Vietnam.

Ini adalah langkah dan strategi negara China kereana negara itu mengambil pendirian tegas mengenai masalah PATI dengan rondaan dilakukan di kawasan sempadan dengan dibantu pusat-pusat kawalan.

Sementara itu, ianya sebagai sebahagian daripada strategi China untuk mencegah penularan Covid-19…

Disebabkan China mempunyai sempadan yang panjang, kerja-kerja rondaan menjadi agak sukar. Longzhou yang merupakan sebuah daerah di wilayah Guanzi dan bersempadan dengan Vietnam itu mempunyai sempadan darat sejauh 184 kilometer dan 22 kilometer di laut.

Pada Jun tahun lalu, daerah itu berjaya menguji keberkesanan angsa sebagai strategi unik untuk menghalang kemasukan PATI.

Angsa terbukti lebih sensitif terhadap orang yang tidak dikenali dan bunyi pelik. Haiwan itu dilaporkan banyak membantu anggota-anggota kawalan sempadan untuk menangkap PATI. 

Menjelang September tahun lalu, pasukan angsa telah dikerah ke titik-titik kawalan di sepanjang sempadan Longzhou. Tidak lama kemudian, setiap pasukan kawalan sempadan akan disertai sekurang-kurangnya dua ekor angsa untuk meronda.

Menurut agensi berita China News, dua ekor angsa dan seekor anjing akan dibawa oleh dua pengawal sempadan untuk meronda di daerah itu. Walaupun dikelilingi gunung tinggi, hutan tebal dan laluan rahsia untuk menyelinap, angsa terbukti berkesan mencegah kemasukan PATI dan penyeludupan pelbagai barangan dan hidupan liar.

“Angsa sangat sensitif. Ia akan mengeluarkan bunyi bising apabila terdapat gangguan dan berbunyi lebih kuat apabila melihat orang yang tidak dikenali,’’ kata seorang anggota pengawal sempadan yang ditempatkan di kampung Naguan, Li Fei kepada pemberita.

Ketika ini, kira-kira 400 anjing dan 500 ekor angsa diedarkan di lebih 300 pusat kawalan dan pencegahan wabak di sempadan, manakala bilangannya dijangka meningkat dengan lebih banyak.