COVID-19: KES BAHARU MENINGKAT 2,018 KES, 1 KEMATIAN DAN SEBANYAK 1,084 KES...

COVID-19: KES BAHARU MENINGKAT 2,018 KES, 1 KEMATIAN DAN SEBANYAK 1,084 KES SEMBUH HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 21 Disember 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,084 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan menerusi KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 78,393 kes (82.2%).

Walaupun kes sembuh berada dalam tiga angka, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 ketika ini turut meningkat tinggi serta berada dalam paras membimbangkan iaitu sebanyak 2,018 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 95,327 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 16,496 (17.3%) kes.

DARIPADA 2,018 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 2,011 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 109 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 55 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,204 KES dan diikuti negeri JOHOR sebanyak 278 KES dan SABAH sebanyak 247 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat SATU (1) kes kematian direkodkan hari ini yang mana daripada Sabah (Tuaran), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 438 kes (0.5%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (21 Disember 2020) sebanyak 1,204 KES daripada keseluruhan 2,018 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)