KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh tertinggi setakat ini dicatatkan hari ini iaitu sebanyak 1,405 KES pesakit telah sembuh, demikian menurut laporan menerusi KKM menerusi laman rasmi Facebook KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 40,493 kes (75.3%).
Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 502 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,041 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 53,679 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,854 kes.
DARIPADA 1,041 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak dua (2) Kes import, manakala 1,039 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 108 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 45 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 402 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 332 kes (0.6%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
