COVID 19 Sabah: Jumlah Kes Menurun Disebabkan Sampel Ujian Rendah

COVID 19 Sabah: Jumlah Kes Menurun Disebabkan Sampel Ujian Rendah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah sampel ujian yang lebih rendah hari ini menghasilkan angka jangkitan baharu yang juga lebih rendah sebanyak 167 KES berbanding 187 semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah sampel ujian hari ini ialah 1,840.

“Kadar positiviti hari ini adalah 9.40 peratus berbanding 1,974 dengan kadar positiviti 9.22 peratus semalam…

“Hanya tiga (3) daerah merekodkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 81 kes (+13), Putatan 21 kes (+10) dan Tuaran 15 kes (-1). 

“Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu bertambah daripada enam (6) daerah kelmarin kepada 10 daerah hari ini termasuk Sandakan yang mencatat 19 kes sebelum ini,” katanya.

Hanya terdapat satu (1) kes dalam Kategori 4, yang lain-lain berada dalam Kategori 1 dan 2 dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 81 (68)

Putatan 21 (11)

Tuaran 15 (16)

Tawau 9 (9)

Keningau 7 (2)

Lahad Datu 6 (5)

Papar 5 (7)

Kota Belud 4 (6)

Kudat 4 (2)

Kuala Penyu 3 (1)

Penampang 3 (18)

Ranau 3 (0)

Kinabatangan 2 (7)

Beaufort 1 (4)

Kota Marudu 1 (1)

Semporna 1 (2)

Sipitang 1 (0)

Beluran 0 (1)

Kalabakan 0 (0)

Kunak 0 (2)

Nabawan 0 (0)

Pitas 0 (2)

Sandakan 0 (19)

Tambunan 0 (3)

Telupid 0 (0)

Tenom 0 (0)

Tongod 0 (1)