
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan seramai 875 orang pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 23,995 kes (69.8%).
Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negeri SABAH masih kekal merekodkan penyumbang utama kes positif tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 678 KES daripada keseluruhan 1,054 KES hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 34,393 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,135 kes.
DARIPADA 1,054 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat 14 KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 1,040 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 94 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM turut berdukacita memaklumkan bahawa terdapat dua belas (12) kes kematian hari ini.
Semua kes kematian yang direkodkan hari ini semuanya daripada SABAH.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 263 kes (0.8%).