KOTA KINABALU, SABAH – Crafters Alley bakal menampilkan 32 usahawan kecil sederhana (PKS) di bawah Jabatan Kemajuan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) yang akan berniaga di 88 Marketplace Mall di sini sehingga Ahad.
Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah, Chan Loong Wei berkata terdapat hampir 7000 PKS di Sabah berdaftar dengan DIDR.
Beliau menggesa lebih ramai PKS Sabah mendaftarkan diri secara percuma agar maklumat mengenai geran atau bantuan daripada kerajaan dapat disampaikan.
“DIDR, sebuah jabatan di bawah MIDE akan sentiasa menyediakan platform untuk PKS tempatan untuk terus maju.
“Adalah menjadi peranan kementerian untuk membantu mereka meningkatkan kapasiti ekonomi vendor di samping mempromosikan usahawan tani.
“Tahun ini kami menyasarkan untuk berorientasikan eksport dengan menyediakan sokongan mesin, pembungkusan, pensijilan halal dan pendigitalan,” katanya sambil menambah RM15 juta diperuntukkan untuk PKS dalam bajet terkini.
Chan berkata makanan, terutamanya makanan laut, adalah eksport utama untuk Sabah dengan tujuh penerbangan seminggu produk segar dan diproses dihantar ke Hong Kong.
“Kami mahu memperbesarkan kehadiran Sabah dalam pasaran asing serta meningkatkan industri pemprosesan makanan domestik.
“Industri pemprosesan makanan menggunakan kurang tenaga kerja, elektrik dan air namun memberi nilai tambah kepada produk.
“MIDE sedang mengusahakan rancangan bagi sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Phoong Jin Zhe akan mendedahkannya tidak lama lagi,” katanya ketika melancarkan Crafters Alley Jumaat yang mempamerkan barangan makanan kepada barang kemas, pakaian dan lukisan antara lain,





