PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan bahawa ribut petir dan hujan dilaporkan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri Sabah, Sarawak dan lapan negeri di Semenanjung pada pagi.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan turun di Sabah, di satu dua tempat meliputi pedalaman, pantai barat, Tawau selain Labuan.
“Sarawak pula hujan pagi ini melibatkan satu dua tempat di Mukah,” katanya dalam kenyataan hari ini…
Manakala, ribut petir di satu dua tempat kawasan pantai Perak, hujan di kawasan pantai Perlis serta kebanyakan tempat di kawasan pantai Kedah.
“Hujan turut dilaporkan di beberapa tempat di Pulau Pinang serta satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.





