DBKK Holdings Serah Zakat Perniagaan Berjumlah RM17,178 Kepada MUIS

DBKK Holdings Serah Zakat Perniagaan Berjumlah RM17,178 Kepada MUIS

0
SHARE
Dbkk
Mohd Ghazalie Hussain menyerahkan zakat fitrah kepada MUIS ( Sumber Foto: Ihsan DBKK )

KOTA KINABALU, SABAH – DBKK Holding Sdn Bhd hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM17,718.27 kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pengurus Besar DBKK Holding Mohd Ghazalie Hussain menyerahkan zakat tersebut kepada Pegawai Bahagian Zakat dan Fitrah Iwan Mohd Zakri Wan Yaacob di Wisma Muis di sini.

Program ini merupakan salah satu acara tahunan bagi memenuhi tanggungjawab DBKK Holdings Sdn Bhd dalam membayar zakat perniagaannya kepada MUIS.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pembangunan DBKK Abdul Manaf Rajikan dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Iwansuzairie Awang Ali.