Dewan Masyarakat Luyang Dijadikan Tempat Perlindungan Bencana Sementara

Dewan Masyarakat Luyang Dijadikan Tempat Perlindungan Bencana Sementara

0
SHARE
Pusat perlindungan bencana sementara Luyang...

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Masyarakat Luyang akan dijadikan tempat perlindungan bencana sementara bagi mangsa kebakaran kampung atas air Tanjung Aru awal pagi kelmarin (Ahad).

Keputusan dicapai setelah perbincangan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, termasuk Unit Pembangunan Masyarakat Luyang (UPPM) dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk menjadikan Dewan Komuniti Luyang sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa kebakaran tersebut.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Gee Tien Siong berkata, beliau dimaklumkan mangsa-mangsa kebakaran tersebut adalah rakyat Sabah.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua penduduk Luyang bahawa tidak ada yang perlu dikhuatirkan, kerana pengurusan ini telah dibincangkan dan dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan…

Gee Tien Siong…

“Anggota PDRM dan RELA akan ditugaskan di Dewan tersebut untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan serta menjaga ketenteraman awam, sementara DBKK akan memastikan kebersihan kawasan,” kata Gee yang juga Naib Presiden SAPP.

Beliau juga menegaskan bahawa keadaan tersebut tidak akan berlaku serupa seperti kejadian pada 13 Oktober 2019 lalu, di mana sekumpulan pendatang tanpa dokumen berkumpul di sekitar Dewan Masyarakat Luyang yang mana ketika itu Wakil Rakyat Luyang, Menteri, DBKK dan Polis tidak menyedarinya.

Kejadian 2019 itu telah menimbulkan kejutan dan ketakutan di kalangan penduduk Luyang, tambahnya.