Dilanggar Bot Pelancong Ketika Memancing

Dilanggar Bot Pelancong Ketika Memancing

0
SHARE
Bot mangsa yang rosak akibat pelanggaran tersebut...

SEMPORNA, SABAH – Seorang nelayan selamat selepas dilanggar bot pelancong ketika sedang menangkap ikan di perairan berhampiran Jeti Pelancongan Semporna, di sini, semalam.

Keadaan gelap gelita mengundang pertembungan antara bot berkenaan dalam insiden kira-kira 7.30 malam itu.

“Bot mangsa lelaki berumur 47 tahun mengalami kerosakan dan hampir karam setelah dilanggar pada bahagian sisi oleh sebuah bot pelancong yang tidak berpenumpang…

“Kedua-dua jurumudi tidak mengalami kecederaan manakala bot pelancong terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan,” kata jurucakap Pusat Operasi Gerakan Bomba Sabah.

Katanya tindakan pasukan Bomba adalah untuk mengalihkan bot karam ke kawasan selamat dan memastikan tiada kemerbahayaan lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam,” katanya.