Mikroplastik Dalam Hujan di Jakarta Cetus Kebimbangan Kesihatan

Mikroplastik Dalam Hujan di Jakarta Cetus Kebimbangan Kesihatan

0
SHARE

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menggesa orang ramai berwaspada terhadap pendedahan mikroplastik selepas penyelidik mengesan zarah plastik dalam air hujan di seluruh ibu kota.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, mikroplastik yang masuk ke dalam tubuh boleh kekal lama dan menjejaskan kesihatan, sambil menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Memetik laporan Bernama, beliau turut menasihatkan penduduk mengelak aktiviti luar sejurus selepas hujan serta memperkukuh usaha mengurangkan pencemaran plastik di punca.

Kajian Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) mendapati mikroplastik hadir dalam semua sampel hujan di Jakarta sejak 2022, berpunca daripada gentian sintetik pakaian, pelepasan kenderaan dan pembakaran terbuka.

Ketua penyelidik, Muhammad Reza Cordova berkata, pencemaran plastik kini telah mencapai atmosfera dan boleh disedut atau tertelan, sekali gus menimbulkan risiko kesihatan jangka panjang.