KUALA LUMPUR – Baru-baru ini satu rakaman video yang dikongsi di media sosial telah tular, memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajarnya hanya kerana tidak memiliki komputer semasa mengikuti kelas online.
Difahamkan pelajar tersebut hanya menggunakan telefon pintar untuk mengikuti kelas online tersebut. Semasa menjawab soalan yang diajukan penysarah, beliau ditegur pensyarah tersebut.
“Kau pakai apa? Kau pakai ‘phone’ eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapa kau kerja apa? Mak kau kerja apa?,” kata penysarah tersebut.
Respond pelajar lelaki itu, bahawa dia tidak mempunyai komputer dan hanya memakai telefon serta menetap di Seremban. Tambahnya, bapa beliau tidak bekerja dan ibu juga sudah tiada.
“Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.
“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer…
“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi “drop out” student. Semester lima kau tak ada komputer.
“Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important the computer, (komputer sangat penting). Hanya RM800 saja beli komputer,” kata pensyarah itu.
Mungkin pensyarah ini mempunyai niat yang baik, namum dalam masa yang sama bukan semua individu berkemampuan.
Ada di antara pelajar di luar sana yang hanya makan sebungkus ‘maggi’ (mee segera) untuk sehari manakala selebihnya hanya minum air kosong untuk mengalas perut bagi meneruskan sesi pengajian.
“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran…
OK kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah,” ujar pensyarah tersebut.
Rakaman yang dikongsi di media sosial itu lantas mendapat respond ramai netizen.
Di mana, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap ahli pensyarah yang juga bergelar professor itu.





