GLOBALTEC, SOGDC DAN SISMA ENERGY AKAN BERSAAM BANGUNKAN INFRASTRUKTUR GAS DI SOGIP

GLOBALTEC, SOGDC DAN SISMA ENERGY AKAN BERSAAM BANGUNKAN INFRASTRUKTUR GAS DI SOGIP

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Globaltec Formation Berhad (GFB), syarikat minyak dan gas yang diketuai ahli perniagaan terkemuka merangkap ketua masyarakat Cina, Tan Sri TC Goh pada Selasa memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Sabah Oil And Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) dan Sisma Energy Sdn Bhd (SESB), untuk bersama-sama membangunkan kemudahan dan infrastruktur gas di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang Sabah (SOGIP), di Megalong, daerah Sipitang, Sabah.

Di bawah MOU tersebut, GFB akan membekalkan minyak dan gas kepada SOGIP yang merupakan penerima utama projek tersebut.

Majlis menandatangani MOU tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam, dan ia disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, yang juga Pengerusi SOGDC.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, Pengerusi Eksekutif GFB, Tan Sri TC Goh, Pengarah-pengarahnya, Kee Yong Wah, Chen Mun Hing, dan Ben Goh, Pengarah Urusan Khas, Dr Jamal, Pengarah Pengurusan SISMA Energy dan Pengarah-pengarahnya Kavin Yu dan Suhaili , dan Ketua Pegawai Eksekutif SOGIP Haji Abdul Kadir Haji Damsal, antara lain.

SISMA Energy Sdn Bhd yang merupakan pemilik projek merangkap pelabur, ialah anak syarikat milik penuh untuk Kumpulan SISMA, sebuah entiti perniagaan milik persendirian terpelbagai yang ditubuhkan pada 1974 sebagai sebuah syarikat perdagangan.

Perniagaannya meliputi minyak dan gas, barangan runcit, kereta, arang batu, sektor perlombongan dan kewangan. Kumpulan itu juga memiliki permit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (MEC) untuk mengimport Gas Asli Cecair (LNG).

Di bawah MOU itu, SISMA Energy dengan kerjasama SOGDC, akan menghasilkan pelan tindakan pembangunan dan butiran kewangan manakala GFB dengan kerjasama anak syarikatnya NuEnergy Gas Limited (NuEnergy) akan membekalkan minyak dan gas kepada projek tersebut.

Sebaik sahaja dilaksanakan, Projek ini akan menjadi kerjasama jangka panjang yang akan mengkomersialkan pengeluaran ‘cold-bed methane’ (CBM) dengan berkesan dan menjana sumber pendapatan baharu bagi kumpulan itu.

NuEnergy ialah syarikat tenaga bersih yang terlibat dalam pelbagai usaha penerokaan, pembangunan dan pengeluaran CBM di Indonesia.

Dengan seluruh dunia bergerak ke arah mencapai matlamat ‘pelepasan karbon sifar’ menjelang tahun 2050, permintaan untuk tenaga bersih dijangka meningkat malah melebihi permintaan untuk minyak dan arang batu konvensiona dan CBM merupakan tenaga yang paling mesra alam.

Ia boleh dimampatkan terus menjadi Gas Asli Mampat (CNG) atau dicairkan sebagai LNG, atau ditukar kepada hidrogen cecair, dan kian pantas menjadi tenaga arus perdana global.

Sehubungan itu, GFB dan NuEnergy berjanji akan berusaha untuk menjadikan Sabah sebagai wilayah ‘bebas karbon’.

Bercakap selepas menandatangani MOU itu, Pengerusi Eksekutif GFB Tan Sri T.C Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina (Huazong) dan Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS), menyifatkan projek tersebut sebagai projek pembangunan yang berjangka panjang.

“Kekurangan bekalan tenaga di Sabah tidak dinafikan telah menghalang kemajuan dan pembangunan ekonomi Sabah dan sektor lain selama ini. Saya berharap GFB melalui projek berimpak tinggi ini dapat menyediakan CBM dan gas asli yang mencukupi untuk Sabah,” katanya.

Tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, GFB terutamanya adalah Pengeluar Peralatan Asal (OEM), dan penyedia penyelesaian perkhidmatan pembuatan bersepadu (IMS) selain menawarkan perkhidmatan pembuatan pelbagai disiplin seperti pengecapan logam, pemesinan dan pemasangan gelombang mikro frekuensi radio, komponen fotonik dan perubatan, reka bentuk dan fabrikasi peralatan automasi, pengacuan dan reka bentuk suntik dan tiupan serta pembuatan dan pemasangan komponen automotif.

Kumpulan itu mempunyai 65 peratus kepentingan dalam NuEnergy, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia (ASX).

NuEnergy mempunyai sejumlah empat (4) kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) coal bed methane (CBM) di Indonesia.

Pada 17 Jun 2021, NuEnergy mendapat kelulusan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia untuk pelan pembangunan (POD) pertamanya bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Tanjung Enim di bawah skim pecahan kasar (dirujuk sebagai Tanjung Enim POD I) di Sumatera Selatan.

Ini membolehkan projek itu meneruskan pembangunan lapangan dan pembinaan kemudahan permukaan.

Pelan jangka panjang keseluruhan syarikat melibatkan penerokaan CBM berskala besar meliputi 2,279 Km persegi.