Diva AA Gelar Peserta Perarakan ‘Lembu Bodoh’

Diva AA Gelar Peserta Perarakan ‘Lembu Bodoh’

0
SHARE
Azwan Ali atau juga dikenali sebagai 'Diva AA'...

PETALING JAYA, SELANGOR – Perarakan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur menaikkan amarah pengacara bermulut lantang, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai ‘Diva AA’.

Ini kerana beberapa jalan utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk, lapor Kosmo!.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Azwan memaki hamun pihak yang mengadakan perarakan sehingga beberapa jalan raya ditutup oleh pihak berkuasa dengan kata-kata kesat.

“Aku bukan penyokong Azam Baki, tapi otak letak di mana? Kerana orang macam kaulah (peserta perarakan)…

Jalan ditutup sehingga menyusahkan orang lain,” luahnya.

Azwan juga menggelar peserta yang menyertai perarakan pada hari ini ‘lembu bodoh’ kerana telah menyusahkan orang lain.

“Masing-masing ada otak. Fikirlah! Daripada nak berarak macam ‘lembu bodoh’. Kau viralkan video ini. Menyusahkan orang lain…

“Nak tangkap Azam Baki, tangkaplah! Tapi jangan menyusahkan orang lain,” katanya.

Azwan juga menyatakan bahawa orang ramai sepatutnya menggunakan saluran undang-undang sedia ada dan bukannya mengadakan perarakan beramai-ramai sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

Terdahulu, lebih 200 peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen LRT Bangsar mula melaungkan “Tangkap Azam Baki” sekitar pukul 11 pagi hari ini.