KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam di Wisma Kewangan, hari ini.
Presidennya, Haji Yahya Haji Ahmad berkata, kunjungan hormat berkenaan adalah membincangkan beberapa perkara antaranya usaha membangunkan bekalan tenaga hijau yang lebih berdaya maju melalui teknologi solar serta usaha-usaha bagi penjimatan kos.
“Fokus utama untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat komersial di Sabah khasnya industri di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP),” katanya.
Kunjungan hormat ini disertai oleh Ketua Pegawai Executive Lotus Mfz Green Tech, Asmadi Tu; Pengerusi Skills Development Expert PLT (SDEC) Aziani Dato Ali dan juga beberapa Ahli Majlis Tertinggi Presbah.
Terdahulu, PRESBAH telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Syarikat Kim Tech Cheong Consolidated Berhad dan juga pihak Pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.