KINABATANGAN, SABAH – Dua lelaki cedera parah setelah lori 3 tan yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori 10 tan yang diletakkan di tepi Jalan Bukit Garam berhampiran Kg Sentosa di sini subuh tadi.
Mangsa Abdul Hafiq Ambo Masiga, 37, dan Wira Lutong, 53, dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital menggunakan Ambulans untuk rawatan lanjut.
“Pasukan Bomba bertindak membuka kepala bateri dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam sebuah kenyataan.
Tambahnya, operasi ditamatkna pada jam 6.07 pagi.





