KOTA KINABALU: Dua orang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan Toyota Revo di Jalan Sulaman berhampiran Stesen Minyak Shell, semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.18 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi.
Jentera tiba pada jam 9.36 malam dengan kekuatan 10 anggota diketuai Komander Operasi PBK I Hasrulnizam Mohd Zain.
Menurut JBPM Sabah, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mereka kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
Pasukan bomba melakukan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada sebarang risiko bahaya lain di kawasan kejadian sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.05 malam.
Operasi turut melibatkan satu jentera FRT dengan enam anggota dan satu unit EMRS dengan empat anggota.






