Dua Mangsa Dalam Axia Rentung Selepas Kemalangan Tiga Kenderaan Di Jalan KKIA

Dua Mangsa Dalam Axia Rentung Selepas Kemalangan Tiga Kenderaan Di Jalan KKIA

0
SHARE
Bomba
Kenderaan Perodua Axia terbabit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Dua mangsa dalam sebuah Perodua Axia rentung selepas terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu awal pagi tadi

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata identiti mangsa kejadian kira-kira 2.30 pagi itu masih dalam siasatan.

Jentera pasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dengan bantuan lima lagi anggota BBP Putatan tiba ke lokasi dalam masa lima minit.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia telah terbakar 100 peratus berpunca dari kemalangan jalan raya yang melibatkan Perodua Viva dan Toyota Hilux.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran Hose Reel dari jentera bomba.

“Kedua-dua mangsa rentung berjaya dikeluarkan oleh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi tersebut.

Tambahnya, pemandu Perodua Viva, 34, dan Toyota Hilux, 22, kedua-duanya lelaki, hanya mengalami kecederaan ringan.

Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.40 pagi.