Dua Kanak-kanak Lima Tahun Ditemukan Terapung, Seorang Lemas

Dua Kanak-kanak Lima Tahun Ditemukan Terapung, Seorang Lemas

0
SHARE

KUALA NERANG, KEDAH – Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak  perempuan masing-masing berusia lima tahun ditemukan terapung di sebuah kolam terbiar di Kampung Sena.

Memetik laporan Bernama, Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap ASP Amran@Mohammad Zaki Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 6.50 petang tadi berkenaan penemuan dua kanak-kanak  tersebut, dengan seorang daripadanya iaitu kanak-kanak perempuan terbabit sudah meninggal dunia.

“Kedua-dua kanak-kanak terbabit ditemukan dalam keadaan terapung di sebuah kolam. Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan disahkan meninggal dunia.

Manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” kata ASP Amran.

Polis katanya masih lagi menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan cerita yang belum disahkan faktanya.