Dua Kemalangan Pada Subuh Tahun Baru

Dua Kemalangan Pada Subuh Tahun Baru

0
SHARE
Kemalangan
Penunggang motosikal cedera parah terlanggar pagar di Taman Sepanggar Baru pada awal pagi tadi ( Sumber Foto: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki cedera parah mankala seorang lagi selamat dalam kemalangan berasingan pada subuh hari pertama tahun 2023.

Kesemua kes berlaku pada sekitar jam 4 pagi tadi yang mana kes pertama di Taman Sepanggar Baru, sini, melibatkan penunggang motosikal jenis Honda Wave terbabas sendiri dan melanggar pagar.

Kemalangan
Kenderaan jenis Perodua Axia terbalik ke dalam di Taman Inanam Jaya awal pagi tadi ( Sumber Foto: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah )

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa berusia 26 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri dalam insiden pukul 4.11 pagi itu.

“Pasukan EMRS bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Pada pukul 4.39 pagi di Taman Inanam Jaya, Jalan Kionsom, sebuah kenderaan Perodua Axia terbabas di bahu jalan dan terbalik ke dalam parit.

Sumber yang sama berkata mangsa yang juga berusia 26 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian.