Dua Lelaki Ditahan, Dadah Lebih RM119,000 Dirampas di Penampang

Dua Lelaki Ditahan, Dadah Lebih RM119,000 Dirampas di Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Polis menahan dua lelaki tempatan dalam satu serbuan di sebuah premis hiburan di Penampang, membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM119,400.

Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah bersama IPD Penampang. Suspek masing-masing berusia 31 dan 49 tahun.

Antara dadah yang dirampas termasuk serbuk disyaki ekstasi seberat 5,727 gram, ketamin 32.58 gram, pil Erimin 5, dan pil ekstasi.

Saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah, manakala seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

Polis menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dadah bagi membantu usaha pencegahan.