Wanita Melecur Dalam Kebakaran 5 Rumah Atas Air di Tawau

Wanita Melecur Dalam Kebakaran 5 Rumah Atas Air di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Seorang wanita berusia 50 tahun cedera melecur di tangan dalam kebakaran membabitkan lapan rumah setinggan atas air di Kg Cempaka, Batu 4, semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), lima rumah musnah sepenuhnya manakala tiga lagi mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus.

“Kebakaran dilaporkan pada jam 9.17 malam dan pasukan bomba tiba di lokasi 13 minit kemudian. 

“Operasi terkawal sepenuhnya pada 10.20 malam dan tamat sejam kemudian,” jelas seorang pegawai jurucakap agensi.

Menurutnya, wanita yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS bomba sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan.

Operasi membabitkan 25 anggota dari BBP Tawau, dibantu sembilan anggota Bomba Komuniti Kg Titingan.

Api dipadam menggunakan dua aliran dengan sumber air laut manakala punca kejadian masih dalam siasatan.