
KOTA BELUD, SABAH – Dua lelaki cedera parah manakala seorang lagi tidak sedarkan diri apabila kenderaan Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Jawi-Jawi.
Dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi tadi itu, tiga lagi orang mangsa dalam lori selamat tanpa sebarang kecederaan.
Seramai 10 anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bertindak ke lokasi.
“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bomba.
“Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan pada jam 8.34 pagi,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.





