Dua Penjawat Awam Antara Tujuh Ditahan Bersama 1.2 Kg Syabu Di Tawau

Dua Penjawat Awam Antara Tujuh Ditahan Bersama 1.2 Kg Syabu Di Tawau

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

TAWAU, SABAH – Dua orang penjawat awam antara tujuh suspek yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata tujuh suspek lelaki itu ditangkap dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada 20 dan 21 Mac lepas.

”Sejumlah 1,280.90 gram syabu dianggarkan bernilai RM130,000 turut dirampas.

“Dalam sebuan pertama, lima suspek warga tempatan berusia di antara 30 hingga 59 tahun ditahan di sebuah kawasan perumahan di bandar ini sekitar jam dua pagi.

“Hasil pemeriksaan kenderaan yang dinaiki mereka menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah seberat 103.40 gram,” katanya.

Susulan tangkapan itu, dua lagi suspek penjawat awam berusia 34 dan 36 tahun ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam di kawasan bandar Tawau.

“Lima bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah seberat 1,177.50 gram ditemui di dalam kenderaan dua suspek lelaki berkenaan,” tambahnya.