Dua Rakan Pancing Dikhuatiri Lemas

Dua Rakan Pancing Dikhuatiri Lemas

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Dua rakan pancing dikhuatiri lemas setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan laut Perapat Tugu Mamal di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasa berhubung insiden pada 6.04 petang kelmarin.

Kedua-dua mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Macklin, 28, dan Aewaeinder, 20.

“Pasukan Bomba bersama pihak Polis, Maritim Malaysia serta orang kampung menjalankan operasi mencari mangsa dengan kaedah menyelamat di permukaan air,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Operasi telah ditangguhkan pada jam 11 malam semalam dan disambung semula pagi tadi.