LAHAD DATU: Kejadian tanah runtuh di Kampung Buang Sayang Segama pagi tadi mengakibatkan bahagian belakang dua buah rumah mengalami kerosakan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu tiba di lokasi kejadian pada jam 9.05 pagi dan menjalankan pemeriksaan serta pemantauan di kawasan tersebut.
“Tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian ini.
“Anggota bomba turut memasang sawar keselamatan di lokasi dan menasihati pemilik rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.
“Tindakan ini bertujuan untuk memastikan keselamatan mereka dalam menghadapi kemungkinan risiko lebih lanjut,” kata seorang pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Operasi kemudian tamat pada jam 9.35 pagi setelah pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian.