Dua Stesen ICQS Bakal Dibina Di Sempadan Sarawak-Kalimantan

Dua Stesen ICQS Bakal Dibina Di Sempadan Sarawak-Kalimantan

0
SHARE
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili...

KUCHING, SARAWAK Dua stesen Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS) bakal dibina di sempadan Sarawak-Kalimantan – di Kampung Sapit, Padawan dan Kampung Gumbang, Bau.

Kedua-dua kawasan tersebut terletak di kawasan Parlimen Puncak Borneo dan ia berstatus berkeperluan segera dan penting, berdasarkan aspek keselamatan dan impak ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semasa melawat tapak cadangan stesen ICQS Kampung Sapit pada Ahad berkata, beliau sedia membawa cadangan pembinaan dua stesen ICQS tersebut kepada jawatankuasa khas kabinet dan KDN untuk kelulusan.

Belliau menyifatkan hubungan Sarawak-Pontianak sudah lama wujud dan isu keselamatan sempadan merupakan isu penting berikutan pembangunan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara di Kalimantan Timur.

Pembinaan stesen ICQS adalah untuk kebaikan kedua-dua negara bagi menghalang berlaku kegiatan tidak baik yang dapat mengancam penduduk setempat dan negara.