Dua Tidak Sedarkan Diri, Satu Selamat Dalam Kemalangan Dua Proton di Tenom

Dua Tidak Sedarkan Diri, Satu Selamat Dalam Kemalangan Dua Proton di Tenom

0
SHARE

TENOM: Dua mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dan Proton Wira Aeroback di Simpang Kampung Angan-Angan kelmarin.

Manakala seorang lagi mangsa dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 3.43 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pasukannya bergegas ke lokasi sejauh 4 kilometer susulan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian. 

“Lapor kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dan Proton Wira Aeroback dan mengakibatkan kenderaan Proton Iswara Aeroback terbabas masuk kedalam parit.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit di kenderaan Proton Iswara Aeroback berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki Ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, manakala seorang mangsa di kenderaan Proton Wira Aeroback dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan. Masa operasi tamat pada jam 4.57 pagi.