KOTA KINABALU, SABAH – Bailif Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu untuk dua unit firma minyak negara Malaysia, Petronas, minggu ini.
Tindakan itu susulan percubaan keturunan kesultanan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah RM66 bilion (AS$15 bilion) yang mereka menangi terhadap Malaysia, lapor Reuters.
Agensi berita itu, memetik peguam waris dan dokumen mahkamah yang dapat dilihat, berkata waris Filipina Sultan Sulu yang terakhir sedang berusaha untuk menguatkuasakan anugerah RM87.6 bilion (AS$14.9 bilion).
Pengejaran anugerah terbabit dimulakan di mahkamah timbang tara Perancis tahun lepas, mengungkit kembali pertikaian lama dengan kerajaan Malaysia berhubung perjanjian tanah era penjajah.
Malaysia, yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara berkenaan, mengekalkan bahawa proses itu adalah menyalahi undang-undang.
Susulan itu negara ini memperoleh penangguhan anugerah di Perancis tetapi keputusan itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menurut laporan itu.
 
             
	





