Lelaki Maut Terlanggar Babi Melintas Jalan Raya

Lelaki Maut Terlanggar Babi Melintas Jalan Raya

0
SHARE
Motosikal mangsa di tempat kejadian...

BEAUFORT, SABAH – Seorang lelaki maut selepas motorsikal yang ditunggang olehnya melanggar seekor babi yang melintas jalan raya di Jalan Bandau, Membakut di sini, malam tadi.

Awang Satia Yusop, 45 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di Hospital Queen Elizabeth 2 pada pukul 8.45 pagi tadi akibat pendarahan dalaman pada bahagian otak.

Mengulas lanjut insiden 7.15 malam itu, ketua polis Beaufort DSP Azmir Razak berkata punca kemalangan disebabkan kecuaian mangsa sendiri.

“Mangsa gagal untuk mengawal motosikalnya lalu melanggar seekor babi yang sedang melintas jalan sewaktu menuju ke Kampung Bandau.

“Tiada unsur khianat atau jenayah terkesan dalam kemalangan ini,” ujar Azmir.

Beliau turut berkata cuaca pada waktu kemalangan adalah cerah, dan kejadian berlaku di atas permukaan jalan raya yang rata dan kering.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu menyebabkan kematian.