PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 3,515 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 209,289 KES (79.9%).
Namun, KKM tetap melaporkan kes hari ini masih lagi pada paras membimbangkan iaitu sebanyak 3,499 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 261,805 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 51,558 KES.
DARIPADA 3,499 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak satu (1) Kes import, manakala 3,498 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 263 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 118 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,345 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 802 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 511 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 5 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 958 KES (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
