Beri Rasuah Untuk Tarik Laporan Polis, Penjawat Awam Ditahan SPRM

Beri Rasuah Untuk Tarik Laporan Polis, Penjawat Awam Ditahan SPRM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang penjawat awam di Beluran kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menarik satu laporan polis terhadapnya.

Sumber berkata, suspek yang berusia sekitar 40-an telah disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan kes samun berkumpulan.

Pada 30 Oktober 2021, suspek kemudian menawar serta memberikan wang RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan supaya laporan polis berkenaan ditarik balik.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek ketika hadir memeberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 beserta deposit RM1,000 dengan seorang penjamin dan suspek dijadualkan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat.