KOTA KINABALU, SABAH – Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah atas 11 tuduhan gangguan seksual, pada 27 September ini hingga 30 depan.
menerusi portal The Merdeka Times, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan yang dipetik SelangorKini mengesahakan perkara berkenaan.
Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah.
Ebit walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan DUA (2) orang penjamin.






