Pesta Sukan Dan Budaya Wadah Pupuk Perpaduan Rakyat – Julita

Pesta Sukan Dan Budaya Wadah Pupuk Perpaduan Rakyat – Julita

0
SHARE
Julita (kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas dalam program Pesta Sukan dan Budaya, Matunggong...

KUDAT, SABAH – Komuniti Rukun Terangga (KRT) PISPA (Kampung Pinawantai, Kg. Sungai Pupu dan Kg. Adong) bersama-sama pemimpin kampung-kampung tersebut telah menganjurkan Pesta Sukan dan Budaya di Dataran PISPA Sungai Pupu, Matunggong, di sini, Rabu lalu (24 Ogos).

Pelbagai acara sukan kebudayaan tempatan telah dipertandingkan, antaranya permainan gasing, melembing batang pisang, boling kelapa dan lain-lain…

Turut diadakan persembahan kebudayaan seperti tarian Mongigol-Sumundai dan muzik tradisional (Monguriding, Mongurali, Manaradan), selain daripada pertandingan Ratu Pakaian Tradisional suku kaum Rungus.

Ia dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki yang juga Wakil Rakyat Matunggong.

Dalam ucapannya, Julita memuji penganjuran pesta seumpama ini yang merupakan wadah terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan penduduk setempat.

“Sebagai organisasi kerajaan, KRT) perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan hasrat kerajaan dalam soal pembangunan sosio budaya dan aktiviti- aktiviti yang sihat,” katanya.