SULAWESI: Seorang lelaki menerima 31 jahitan dengan 13 jahitan didada dan 18 jahitan di kaki kiri selepas mengadu tentang potongan rambut kepada penggunting.
Kejadian 3 petang di Morowali, Sulawesi Tengah pada Khamis dilaporkan berlaku di pinggir Kecamatan Bahodopi.
Klip video insiden yang tular di laman media sosial X menunjukkan mangsa berlari dari sebuah kedai gunting rambut ke pinggir jalan sebelum dikejar oleh tukang gunting dengan sebilah parang.
Orang ramai cuba menghalang tukang gunting berkenaan bagaimanapun diacu parang.
Mangsa kemudian tiba-tiba terjatuh lalu dilibas sebelum diselamatkan orang ramai yang menggertak untuk memanggil polis.
Akibat itu, mangsa dikenali sebagai Agus, 29, dikejarkan ke hospital sementara mangsa, hanya dikenali sebagai AW, 44, masih diburu polis selepas melarikan diri dari.
Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Sulawesi Inspektor Agus Salim memberitahu orang ramai untuk memberitahu pihak polis jika melihat suspek, katanya memetik DetikSulsel.